Satu sesi perbincangan rasmi telah diadakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ybrs. Mohd Firdaus Shuhaimi bersama Dr. Adilah Ahmat dan pemilik Star Medical Group,Mr. Goh bagi meneliti perkembangan semasa perkhidmatan Klinik Fetiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP) serta hala tuju baharu dalam pembangunan rangkaian perkhidmatan fertiliti.
Perbincangan ini memberi fokus kepada:
- Pembangunan floor plan bagi fasiliti baharu di LPPKN Raja Laut dan Nusa Bestari, termasuk susun atur operasi, ruang rawatan serta penambahbaikan pengalaman pelanggan.
- Kerjasama strategi untuk mengembangkan cawangan klinik fertiliti agar lebih aksesibel dan mampu menyediakan rawatan subfertiliti yang komprehensif kepada masyarakat.
- Semakan prestasi semasa projek HSG dan IUI, termasuk peningkatan aliran kerja, kadar kejayaan rawatan, serta potensi perluasan kapasiti perkhidmatan.
Melalui sesi ini, FWSB dan Klinik Fertiliti LPPKN FPP terus komited memperkukuh kualiti perkhidmatan, meningkatkan keberkesanan rawatan, dan membuka lebih banyak peluang bagi pasangan yang memerlukan bantuan kesuburan.
Family Wellbeing
Pihak yang terlibat:
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
- Klinik Fertiliti LPPKN

