KSU Lawat Booth MamaCare @ Bulan Keluarga Kebangsaan

Dalam memeriahkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan, booth MamaCare menerima penghormatan istimewa apabila YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir membuat lawatan rasmi. Turut serta dalam sesi lawatan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB), YBrs. Encik Mohd Firdaus Shuhaimi, bersama Ketua Pengarah LPPKN, YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah.

Kunjungan ini memberi ruang kepada pihak kementerian dan pengurusan tertinggi untuk melihat dengan lebih dekat peranan dan komitmen MamaCare dalam memperkukuh penjagaan ibu selepas bersalin melalui khidmat urutan tradisional Melayu, program latihan pengamal, serta produk penjagaan postnatal yang ditawarkan.

Sepanjang sesi tersebut, delegasi diberi taklimat ringkas mengenai perkembangan semasa MamaCare, termasuk usaha memperluaskan perkhidmatan postnatal, peningkatan kualiti latihan pengamal, serta perancangan masa hadapan untuk memperkasa sektor penjagaan ibu dan keluarga.

MamaCare terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesedaran penjagaan postnatal kepada masyarakat.

Mamacare.my
Pihak yang terlibat:
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM

  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

  • Mamacare.my

Leave a Comment