Harini mengadakan sesi lawatan dan pemantauan hartanah di Port Dickson, Negeri Sembilan. Lawatan ini turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Hartanah, iaitu YBhg. Dato’ Wan Kamaruzaman dan Dr. Ismail bersama pasukan Unit Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (UPPP) LPPKN.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menilai secara terperinci kelebihan serta mengenal pasti kekurangan aset sedia ada, selain mengkaji potensi pembangunan perniagaan yang sesuai dibangunkan di kawasan tersebut. Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan setiap aset dapat dimanfaatkan secara optimum serta memberikan pulangan jangka panjang yang mampan.
Pihak yang terlibat:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
LPPKN Negeri Sembilan

