Lawatan Fasiliti MARDI Corporation Sdn. Bhd.

Satu sesi lawatan rasmi telah diadakan ke fasiliti MARDI CORP Sdn. Bhd. yang disambut oleh En. Hazwan Hussein, Chief Operating Officer (COO) MARDI CORP Sdn. Bhd. bersama wakil-wakil jabatan beliau. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kolaborasi strategik dalam beberapa aspek penting yang melibatkan pembangunan dan pengukuhan jenama MamaCare.

Antara agenda utama lawatan ini termasuklah:

  • Penilaian fasiliti untuk penganjuran Majlis MamaCare yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang.
  • Perbincangan mengenai penggunaan premis sebagai pusat latihan rasmi untuk para pengamal MamaCare dalam memperkukuh kemahiran dan kepakaran mereka.
  • Kajian serta penilaian terhadap produk-produk essential oil yang sesuai untuk diselaraskan dengan rangkaian produk MamaCare.

Lawatan ini turut membuka ruang kerjasama lebih luas antara Family Wellbeing Sdn. Bhd. dan MARDI Corporation Sdn. Bhd. dalam memperkukuhkan ekosistem keusahawanan MamaCare, khususnya dalam aspek latihan, fasiliti dan pembangunan produk. Ia juga menjadi satu platform penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan seiring dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga dan memperkasakan pengamal MamaCare di seluruh negara.

Pihak yang terlibat:
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
  • Mamacare.my

Leave a Comment