Lawatan Hartanah LPPKN di Banda Kaba, Melaka

Harini ini Family Wellbeing Sdn. Bhd. melawat tapak hartanah LPPKN di Banda Kaba, Melaka. Lawatan ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Hartanah, iaitu YBhg. Dato’ Wan Kamaruzaman dan Dr. Ismail, bersama-sama dengan pasukan Unit Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (UPPP). Kehadiran mereka menzahirkan komitmen dalam memberikan pandangan serta sokongan strategik untuk memastikan setiap potensi pembangunan diteliti dengan sebaiknya.

Fokus utama lawatan ini adalah untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan kawasan dengan menilai faktor lokasi, kemudahan infrastruktur, aksesibiliti, serta sokongan komuniti setempat. Penilaian ini penting bagi memastikan sebarang inisiatif yang dibangunkan kelak bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran, malah mampu memberi nilai tambah jangka panjang.

Selain itu, lawatan ini turut menekankan kepentingan mengkaji potensi perniagaan yang sesuai untuk dibangunkan di kawasan tersebut. Perbincangan melibatkan cadangan projek yang berdaya saing, mampan, serta berimpak positif kepada pembangunan ekonomi setempat.

Pihak yang terlibat:
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
  • Mamacare.my

Leave a Comment