Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB) terus komited dalam memperkukuhkan rangkaian kerjasama strategik bagi mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. Baru-baru ini, satu sesi suai kenal dan lawatan rasmi ke kilang pengeluaran produk MamaCare telah diadakan bersama Puan Rossa Saad, Pengarah Aices Group Sdn. Bhd.
Lawatan ini memberi peluang kepada pihak FWSB untuk meninjau secara lebih dekat operasi serta fasiliti pengeluaran, di samping bertukar pandangan mengenai potensi penambahbaikan dalam proses pembuatan. Perbincangan turut tertumpu kepada idea pembangunan produk baharu, usaha inovasi berterusan, serta langkah penambahbaikan kualiti yang dapat memenuhi keperluan pasaran.
Kerjasama erat ini diyakini mampu membuka jalan kepada penciptaan produk MamaCare yang lebih berdaya saing dan menepati piawaian industri. Melalui sinergi dan kolaborasi strategik bersama rakan industri seperti Aices Group Sdn. Bhd., jenama MamaCare akan terus berkembang kukuh sebagai peneraju dalam bidang penjagaan ibu.
Pihak yang terlibat:
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
- Mamacare.my

