Perbincangan & Input Industri Caregiving

Perbincangan dan pengumpulan input telah diadakan bagi membincangkan potensi, cabaran serta hala tuju industri caregiving di Malaysia. Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta maklum balas terus daripada penggiat industri penjagaan, khususnya dalam sektor penjagaan warga emas, kanak-kanak dan golongan orang kurang upaya (OKU).

Perbincangan ini menjadi platform penting untuk mencantum pandangan dan pengalaman pengusaha pusat jagaan serta penyedia perkhidmatan caregiving bagi menilai dengan lebih mendalam keperluan sebenar industri. Input yang diperoleh akan membantu Kementerian dalam merangka dasar, inisiatif dan strategi yang lebih menyeluruh serta berkesan bagi memperkasa sektor penjagaan di negara ini.

Melalui sesi ini juga, berpeluang memahami cara kerja sebenar industri, mengenal pasti isu-isu operasi yang dihadapi, serta mencari ruang penambahbaikan agar ekosistem penjagaan di Malaysia dapat berkembang secara mampan dan profesional.

Sesi ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mendengar suara industri, menghargai kepakaran lapangan, dan membina masa depan caregiving yang lebih tersusun, inklusif dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Family Wellbeing
Pihak yang terlibat:
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
  • Mamacare.my
  • Klinik Fertiliti LPPKN

Leave a Comment