Saringan & Taklimat Francais MamaCare Pulau Pinang

Program Saringan dan Taklimat Francais MamaCare telah berjaya dianjurkan oleh ICU Pulau Pinang dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai peluang francais MamaCare serta melakukan penilaian kelayakan kepada peserta yang berminat untuk menceburi industri penjagaan ibu selepas bersalin.

Seramai 30 orang peserta dari seluruh negeri Pulau Pinang telah hadir bagi menjalani sesi saringan, penilaian asas dan taklimat pengenalan francais MamaCare. Program ini bukan sahaja membuka peluang keusahawanan kepada wanita setempat, malah menyokong usaha memperkasa golongan wanita melalui latihan kemahiran dalam sektor penjagaan kesihatan keluarga.

Majlis turut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB), YBrs. Encik Mohd Firdaus Shuhaimi, serta Pengarah LPPKN Negeri Pulau Pinang, YBrs. Dr. Azura Abdullah, yang menyatakan komitmen untuk memperluaskan peluang latihan dan memantapkan jaringan perkhidmatan MamaCare di peringkat negeri.

Program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pengamal terlatih di bawah jenama MamaCare sekali gus meningkatkan akses masyarakat terhadap perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin yang berkualiti, selamat dan profesional.

Mamacare.my
Pihak yang terlibat:
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
  • Mamacare.my

Leave a Comment