Team Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB) telah mengadakan satu lawatan rasmi ke kilang OEM di Kuala Selangor bagi meninjau dengan lebih dekat proses penghasilan produk MamaCare.
Dalam sesi lawatan tersebut, rombongan FWSB berkesempatan bertemu dengan Encik Nazmi, bagi membincangkan secara menyeluruh mengenai usaha penambahbaikan terhadap produk sedia ada. Perbincangan ini turut memberi ruang untuk menilai semula formulasi, inovasi, dan peningkatan kualiti produk agar sentiasa seiring dengan keperluan serta kehendak pasaran semasa.
Selain itu, lawatan ini juga memberi peluang kepada pihak FWSB untuk menyaksikan sendiri proses pembuatan produk MamaCare secara menyeluruh, bermula daripada kawalan bahan mentah, sistem pengeluaran sehingga kepada kawalan kualiti. Hal ini sekali gus mengukuhkan keyakinan bahawa setiap produk MamaCare yang dihasilkan adalah terjamin dari segi keselamatan, keberkesanan dan mutu.
Pihak yang terlibat:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Mamacare.my

