Perancangan Strategik MamaCare 2026

MamaCare melangkah dengan visi baharu menuju tahun 2026, dengan tumpuan untuk memperkukuh dan memperluaskan sektor penjagaan prenatal, postnatal serta pembangunan pusat berpantang (Confinement Centre) yang lebih komprehensif dan mesra ibu.

Seramai 30 orang peserta dari seluruh negeri Pulau Pinang telah hadir bagi menjalani sesi saringan, penilaian asas dan taklimat pengenalan francais MamaCare. Program ini bukan sahaja membuka peluang keusahawanan kepada wanita setempat, malah menyokong usaha memperkasa golongan wanita melalui latihan kemahiran dalam sektor penjagaan kesihatan keluarga.

Dalam usaha mencapai matlamat ini, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd., Ybrs. Mohd Firdaus Shuhaimi bersama Area Sales Manager, Puan Diyana Wahab dan CEO M&B Medical Marketing Sdn. Bhd., Puan Chew Meng Li bagi membincangkan pelan tindakan, potensi kerjasama, serta hala tuju pembangunan perkhidmatan MamaCare ke tahap yang lebih tinggi.

Melalui perancangan ini, MamaCare beriltizam untuk menjadi jenama pilihan utama dalam penjagaan ibu dan bayi di Malaysia dengan mengekalkan nilai kasih sayang, profesionalisme, dan kualiti servis yang dipercayai sejak sekian lama.

Mamacare.my
Pihak yang terlibat:
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
  • Mamacare.my

Leave a Comment