Lawatan Tapak & Aset LPPKN Johor

Satu lawatan tapak telah diadakan melibatkan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN, Encik Mohd Hanafee bin A. Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB), Ybrs. Encik Mohd Firdaus Shuhaimi bersama Pengarah LPPKN Negeri Johor Dr. Salmi Jalina binti Jalil, bagi meninjau secara menyeluruh potensi serta peluang pembangunan Klinik Fertiliti LPPKN (FPP) yang akan diusahakan oleh FWSB.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada beberapa lokasi penting, iaitu:

  • LPPKN Johor
  • KNS Johor
  • KNS Batu Pahat
  • KNS Muar
  • KNS Segamat

Melalui tinjauan ini, perbincangan berfokus telah dijalankan bagi mengenal pasti keupayaan infrastruktur sedia ada, kesesuaian lokasi serta potensi pembangunan baharu yang boleh dilaksanakan secara berperingkat. Inisiatif ini turut menjadi langkah awal ke arah memperluaskan capaian perkhidmatan rawatan kesuburan yang lebih komprehensif, mampan, dan inklusif kepada masyarakat Johor.

Lawatan ini diharap dapat membuka ruang kolaborasi strategik antara LPPKN dan FWSB dalam usaha memperkukuh peranan klinik FPP dan MamaCare sebagai pusat rujukan utama dalam bidang kesihatan reproduktif, kesejahteraan keluarga dan Masyarakat.

Family Wellbeing

Melalui sesi pemantauan ini, pelbagai aspek telah diperhalusi termasuk kemudahan infrastruktur, sokongan komuniti setempat serta potensi pembangunan masa hadapan. Kerjasama ini diharap dapat membuka ruang kepada satu inisiatif baharu yang memberi manfaat besar kepada masyarakat khususnya dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan #RancakkanMADANI

Pihak yang terlibat:
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
  • Mamacare.my

Leave a Comment