Sesi Sumbangsaran & Perbincangan Pusat Keluarga LPPKN Melaka

Telah berlangsung satu sesi perbincangan strategik yang memberi tumpuan kepada cadangan serta hala tuju pembangunan aset sedia ada. Sesi ini dijalankan sebagai usaha untuk memastikan bangunan yang tersedia tidak dibiarkan kosong, sebaliknya dapat dimanfaatkan secara optimum melalui cadangan projek yang berdaya saing dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Perbincangan ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Hartanah, YBhg. Dato’ Wan Kamaruzaman dan Dr. Ismail, bersama-sama dengan pasukan Unit Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (UPPP) serta Pengarah LPPKN Negeri Melaka, Encik Suzma Khairitszi Mamat.

Sesi sumbangsaran yang diadakan bukan sekadar mengemukakan idea, malah memberi ruang kepada pelbagai pandangan strategik bagi merangka cadangan projek yang mampan dan sesuai dengan keperluan semasa. Melalui sesi ini, beberapa pendekatan telah diketengahkan, termasuk strategi untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan fasiliti serta potensi memperluas fungsi bangunan agar memberi manfaat.

Pihak yang terlibat:
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM

  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

  • Mamacare.my

Leave a Comment