Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB) telah menghadiri Sesi Libat Urus Belanjawan (SLU) 2026 yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sesi ini menjadi platform penting bagi pihak kementerian mendapatkan pandangan dan input strategik daripada pelbagai pemegang taruh, termasuk wakil sektor swasta, dan agensi berkaitan.
Sesi ini telah disertai oleh wakil Family Wellbeing Sdn. Bhd., iaitu Encik Mohd Firdaus bin Shuhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif, bersama Encik Ali Safwan bin Jamaludin, Pengarah Strategik dan Pembangunan Perniagaan.
Kehadiran wakil FWSB dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menyumbang idea dan cadangan yang dapat memperkukuh kesejahteraan rakyat, khususnya dalam aspek penjagaan kesihatan keluarga, pembangunan wanita, serta pengukuhan ekonomi penjagaan (care economy).
Langkah ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan untuk merangka belanjawan yang lebih inklusif, mampan, dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Pihak yang terlibat:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Mamacare.my

